Oct 31, 2011

damia is 10 month!

arini damia dah 10 bulan!dan dah sebulan damia di kuantan..sedih hati memang tak terkira..

lagi 2 bulan..pastu damia n mummy takkan berpisah lagi!

kdg2 i fikir..kenapa i tak amik je damia balik semula sini?kenapa i biar tersiksa berjauhan mcmni?tapi bila fikir balik..sanggup ke nak suruh orang jaga damia dan tak tau apa yg berlaku di belakang i..mana lah tau kan..dpt pengasuh bnaik,alhamdulillah.tp kalau yg jenis depan kita je baik?nauzubillah.

demi kebaikan damia, mummy terpaksa berkorban..walau sedih gila.damia memanglah ok.sbb dia masih kecik.x faham lagi. n memang dia rapat ngn wan dia..ye lah..wan dia yg jaga dari dia lahir smpi skang..so dia happy jer kat kuantan pon..in fact, dia nampak lagi happy kat kuantan!my hubby told me so.dah banyak kali.even sebelum damia ke kuantan lagi.i perasan jugak tapi i macam in denial hehe..

damia at 9.5 mos!can stand still..

now..tengah belajar menapak..good girl!tak lama lagi bole jalan!

Oct 10, 2011

damia at 9mos





rindu gile kat buah hati i sorang tu!well,damia is now 9 month.kejap je ms berlalu kan?macam baru semalam tengok dia bb lg..hari ni dh besar!as a mother, of course i sentiasa pantau progress damia.

berikut adalah pencapaian damia setakat sehingga umur 9 bulan ini:

1)wave her hand to say bye-bye - sekali je wan dia ajar trus boleh hehe.

2)clap her hand

3)stand sendiri tanpa pegang apa2 for 2 seconds.- hopefully ms umur 10bulan damia dah boleh berjalan!

4)berdiri dengan berpaut pd sesuatu ms umo 6++month

4)kdg2 boleh suap makanan sendiri

5)geleng kepala bagi isyarat NO NO - since 7++month

6)panjat tangga sendiri tanpa bantuan..sampai tingkat atas ok!-ni dari umo 8 bulan.

7)damia start duduk sendiri tanpa bantuan semasa umo genap 6month

8)ketawa bila tengok rancangan bb yg mmg hari2 kami psg bagi dia tengok.

yg lain2 tu sm mcm bb lain..now damia ada 4 gigi..2 atas, 2 bawah.comel je senyum mcm rabbit.

dah besar dah damia..mummy loves u so much lah muah muah!

pencapaian stp bb berbeza2..tp kita perlu encourage or simulate bb kita insya allah dia boleh buat..n kena ingat kita yg bentuk dorg..normally budak2 ni ikut cara org di sekeliling mereka..they learn..so klo kita jenis bercakap kasar, kasar jugak lah anak bercakap..klo kita biasa guna kata kesat mcm 'bodoh','bangang', anak2 pun akan guna perkataan tu..kdg2 bukan disebabkan kita jer, tapi bila anak2 dah mula bergaul dgn org2 lain pun,mereka akan terikut percakapan kwn2 baru mereka.mmg sukar nk kawal..tp selagi boleh,kawal lah. i sendiri kalau marah sgt pun terkeluar jugak perkataan2 tu..tapi depan anak2 haruslah kawal nnt kan..tapis cerita tv yg anak2 tengok..trust me,dorg akan terikut.so bglah dorg tgok cerita yg bg education n yg boleh simulate otak mereka!

honestly,as a mother, i nak pastikan damia tak bergaul dgn org yg bercakap kasar..i tanak damia ckp kasar wey!tp itu semua bergantung.kdg2 susah nk kawal..hmmmm.kdg2 i pelik tengok sesetengah orang tak kisah langsung anak2 ckp bodoh bangang.bagi dorg normal.sikit pun tak marah or larang.yelah budak2 kan.bukan lah marah beria.tp at least kena tegur lah.tp ada yg tak kisah langsung.tp i tengok selalunya yg tak kisah tu sbb dorg mmg tak kisah anak ckp mcmtu n dorg sendiri pun cakap kasar.dengan budak kecik pun ckp aku engkau..ok,aku engkau tu mcm normal bg sesetengah org kan?tp for me,i tak suka dalam famili eg:adik beradik cakap beraku engkau.atau parents dgn anak2.tp klo dah memang org yg biasa bg dorg normal lah kan.but in family itu bg kami agak kasar.n of course since damia is my daughter pun i tanak dia beraku engkau dengan org especially ms kecik!dah besar pnjg nnt cakap ngn kawan2 tu tak kisah lah kan.

cinta hati ku

Sep 14, 2011

apart from princess :(

insya allah hujung bulan ni damia akan duduk di kuantan selama 3 bulan dengan wan n aki dia (my parents)..hari2 pergi kerja pon xsabar nak balik jumpa damia,so macamn nak tahan seminggu tak tengok?of course every friday akan balik kuantan pas keje lah kan tapi 5 hari kot tak dapat tengok damia..daddy damia yang strongly suggest untuk hantar damia ke kuantan.sebenarnya dari dulu lagi.katanya wan n aki dia adalah penjaga terbaik untuk damia.

yelah, damia kan ada eczema.so kami memang sangat cerewet (terutama aku lah hehe)untuk tengok kriteria tempat DAN orang yang jaga damia.yelah, kalau tempat bersih pon tapi org yang jaga tu sendiri kurang bersih camane?aku pantang tengok org pegang itu ini(menyapu ke, potong bawang ke potong buah ke dll lagi lah)pastu tak cuci tangan terus pegang baby.ish.tempat tu memang major kriteria lah.klo rumah berhabuk nanti habis naik eczema damia kan.

lagi satu dari segi pemakanan.aku mengaku aku sangat cerewet dalam bab pemakanan damia.damia ni dahla memilih makanan.banyak yang dia tak suka drp suka.setakat ni dia cuma makan oat+kurma,pisang n apple.that's all.umur dah 8.5 bulan,tp still makan tu je.of cos aku risau takut dia kekurangan zat.ada yg sarankan beli makanan mcm nestum,biskut baby or makanan dalam botol mcm heinz dll tu.a few times jugak aku pergi kedai belek2 processed foods tapi mesti end up tak beli.ntahla.tapi pernah aku beli sekali.heinz.damia makan.tp aku tengok warna pada sudu damia tak hilang.maknanya ada added colour dlm tu!no way akan bg damia lagi.but last night ada bli petit gems punye vege+beef.since damia tanak porridge or soup so aku try juga nak tengok whether dia nak ke klo bagi tu.klo dia suka aku ingat aku nak rasa mcmn rasa dia n then try masak sendiri rasa mcm tu hehe.

btw, berbalik pada penjaga damia, aku risau kalau org suap sebarangan makanan pd damia.lain orang lain caranya.aku hormat the way orang jg anak masing2 walaupon of cos lah aku sgt tak setuju org yg bagi makan baby terlalu awal atau sebelum umur 6 bulan,tapi itu hak diorang lah kan.so aku juga harap orang hormat cara aku jaga damia.kdg2 org kata ala bagi jer la dia makan itu ini.bukannya apa.tapi for me.no is a no.kdg2 mmg nampak takde apa bg bb makan sebelum cukup umur, tapi research show that kebanyakan baby yg makan awal akan obesiti.tp bukanlah cuma sbb obesiti yg aku risau tu,tp makan awal atau makan sebarangan boleh buat usus kembang n not good for sistem badan.it is for her own good lah kan.i know what is best for her.lagipun dia eczema, aku yang breastfeed dia ni pon kena pantang mcm2, ini kan pula nak bg direct kat dia mcm2 food.

aritu ada survey a few nursery.yg terakhir jumpe tempat yang sangat bersih!so memang dah bayar deposit pun.kira masa tu mmg confirm lah nak anta situ.cuma dari segi food,aku ckp aku tanak dia suap damia foods dari tempat dia(dia bg bb makan porridge or soup)tp aku ni mmg tak confident kalau org lain punye food.manalah tau ada byk msg ke apa ke.so aku ckp damia akan aku bekalkan food.tp tak hantar2 lagi sampai skang.daddy damia mmg kurang setuju dr hari tu nak hantar nursery.tp demi tanak separate ngn damia, aku keraskan hati.hantar je nursery.ikutkan hati nak amik unpaid leave.serius nak amik!tp aku segan nak cakap kat bos.huhu.dan aku pon tanak menyusahkan org lain.kalau aku cuti, aku akan menyusahkan ramai orang.terutama bos lah kan.semalam minta cuti seminggu next week pun bos berat hati nak bagi.dia tak sain pon. dia cakap KIV.sob sob.

dah 8 bulan my mom duduk dengan kami.sebab jaga damia.tapi aku kesian.rs mcm selfish.yelah,orang tua tu pulak kena berkorban.ayah aku kat kuantan,ibu aku kat sini dengan kami.ayah aku memang tanak duk sini lama2.aku faham.kalau aku pon mestilah nak duk umah sendiri.aku tau parents aku pun sama.tp demia tanak damia dihantar ke nursery, mak aku sanggup lah duk ngan kami jaga damia.sian aku tengok.ayah pulak duk ulang alik naik sini.sometimes kami balik la.

tapi my parents memang the best.seriously pengorbanan mereka tu memang tak terbalas. tak ramai kot yang sanggup berkorban tinggal rumah sendiri untuk jaga cucu.tapi parents aku sanggup.pulak tu satu sen duit pun diorang tanak.dorang cakap dorg tanak menyusahkan anak2.puas kami paksa amik.bukan apa.tapi untuk penat bukan setakat jaga damia, semua kerja rumah sekali ibu buat.tapi dorang tolak.dengan ayah lagi ulang alik naik kl.bila ayah naik kl, kucing2 kat sana kena upah orang jaga.diorang pulak berhabis duit untuk anak dan cucu.terharu kan?parents aku memang mcmtu,duit bulanan pun kitorg bank in trus dlm akaun dorg.kalau tak diorang mmg tanak amik.itu pun berulang kali cakap,tak payah bagi dorg duit pon xpe.n kalau dorg susah pon, dorg takkan ckp kat anak2 sbb tanak menyusahkan anak2.lagi terharu kan?husband aku memang respek lah parents aku.sampai kdg2 dia segan sbb parents aku pulak banyak bersusah untuk kami tanpa sebarang balasan.tapi of cos lah sebagai tanggungjawab kami jugak,walaupon dorg tanak amik,kami bank in kan je.so dorg takle ckp apa n tak leh tolak kan.

sebab tu lah, husband cakap,this time kita pulak kena berkorban.,sebab ibu ayah dah banyak berkorban katanya..sampai bila nak suh ibu tinggalkan rumah dia kan?so bagi lah damia pulak ke kuantan.at least ibu boleh duduk rumah sendiri.ayah pun ada...biar ibu pulak happy.walaupun hati aku sangat berat, tapi aku tau tak boleh selfish.dah 8 bulan ibu berkorban, takkan aku takle berkorban untuk 3 bulan kan?nak sedapkan hati memang aku ckp mcmtu.tp bila fikirkan kena berpisah ngn damia memang sampai demam lah jugak.

memandangkan damia masih exclusively breastfeed, so now aku kena gigih buat stok byk2 untuk seminggu.every weekend bwk balik stok susu baru...walau berjauhan, tetap xnak putus susu badan..3 bulan..haihhhhh..


mummy akan rinduuu sangat damia :(


masa ni eczema damia keluar banyak sangat!..sbb buat homeopathy..ni kali ke-3 eczema dia keluar teruk mcmni.kalau tak sikit2 jer..

Sep 8, 2011

homeopathy

ada yg suggest i untuk bw damia berubat cara homeopathy..i pun try la sbb i rasa no harm to try berubat..sbb i sebolehnya tanak guna ubat yg ada steroid..eczema damia pulak tu kerap naik lately..x banyak tp mesti ada..

hari pertama bg ubat homeopathy,eczema dia keluar agak byk.doc mmg dh bgtau akan keluar.kata doc, berubat cara homeopathy kena bersabar.but how can i sabar bila tgok muka damia sgt teruk?dengan tergaru2 sbb gatal..

so i stop bg ubat homeopathy.n then amik ms almost seminggu to baikkn semula muka damia.haih.

eczema ni mmg kn try n error.bcoz we dont know exactly apa yg suit her.stp org berbeza2.ada yg ok pki produk ni ada yg tak ok.so far mmg i stick to buds.mmg bagus!cuma klo eczema teruk akn amik ms lm lah nk recover pki buds.

harap2 eczema damia akn semakin berkurang!

Aug 25, 2011

damia's progress

damia now dah nak blajar2 bangun..setakat panjat tu dh expert dah la.ni nmpk mcm nk bangun berdiri tanpa pegang..sbb bila merangkak kejap2 dia angkat punggung tinggi mcm nk bangun.cm xbole sbb tangan n badan xterangkat hehe

rasa2nya umur 10 bulan dah berjalan damia nih!

cuma gg smpi skang illlek!ada aritu nmpk satu.kecik je.tp tgok xnaik2 pon.hmmm..susah la nk introduce mknn selain puree n yg lembik2 tu..tsk.

RAYA

ini tahun pertama beraya ada damia.last year ada jugak tapi dalam perut :8)

so far baju damia for first day raya belum ada.huhuhu.sume ni disebabkan baju mummy tak finalize lagi until 2 days ago.so baru semalam misi pencarian baju damia bermula.untuk raya ke2 dan seterusnya dah ada.bukan beli purposedly untuk raya pon sebenarnya tapi baju damia banyak sgt smpi ada belum pakai.so pakai untuk raya lah.

damia tak pakai baju kurung pon for first day raya tu.macam rimas jer tengok.sbb dia belum berjalan.nak merangkak,memanjat susah lah dia.lagipon takut panas!next year baru damia pakai baju kurung k!

damia klo bf mesti tangan berjalan2..hehe

suka sangat gomol2 tilam..sampai tertido ha.

Aug 22, 2011

damia going to be 8mos!

sekejap je masa berlalu..lagi 9 hari damia akan genap 8 bulan!as a mother, i tengok perkembangan damia terasa bangga.

damia ni boleh dikatakan cepat dari segi pergerakan lah..sebab umo genap 6 bulan dah boleh duduk.belum 7 bulan dah mula berdiri(memapah).tengok gaya mcm sebulan dua ni dah start praktis jalan lah kot.alhamdulillah.

kdg2 kitorang ajar dia bertatih,terkangkang2 dia berjalan.macam kawat pon yer heheh

as a working mother, sebenarnya i agak terkilan sebab every progress yang dia tunjuk bukanlah i orang pertama tengok. selalunya wan dia because my mom yg jaga dia kan. rugi sangat okeh!alangkah bestnya kalau sepanjang masa ngn anak n kita boleh tengok depan mata setiap kali the very first time dia buat apa2 kan.

the problem damia ni cuma anti sosial sket..kalau org ramai2 mulalah dia jadi serius!tanak gelak ketawa mcm kat rumah ngn kitorg.hopefully nanti x jadi pendiam depan orang k!

masih dengan eczema damia.

masih dengan eczema damia.kadang2 i naik runsing bila eczema dia tak baik2.puas dah i pantang itu ini,but still naik eczema.kali ni i runsing sebab dah 3minggu tak hilang2 lagi.kejap kurang,kejap teruk gile!

and i just found out that coconut pon keluarga kacang!oooh no wonder nama dia coconut!i tau sbb actually sebab i ada letak sikit santan dalam porridge damia sbb dia refused porridge!so letak santan kot dia nak.sekali malam tu eczema damia naik sgt2 teruk!sian dia.sampai berair n berbau.muka dia pulak tu.sedih hati mummy.

tonight nak jumpe stokis minyak kelapa dara..sebolehnya nak prevent steroid, so berusaha guna yang asli sahaja.

Aug 17, 2011

NURSERY FOR DAMIA!

eczema damia still teruk..sangat lama kali ni..almost 2 weeks dah still xbaik2..what to do?letak ubat,kurang sikit,esok merah semula.haihhh..sian princess mummy.tdo tak lena bila gatal2..sangat sedih bila tengok dia merengek mengantuk tp takle tdo sbb gatal.n muka dia habis melecet sbb dia gesek2 pada bedshhet.pity her.

well, pas raya ni wan damia dah tak jaga damia.sebab kesian tengok wan damia dah 8 bulan duk jaga damia.tinggal rumah kat kampung.tinggal aki.so better wan balik jaga aki.aki pun bila wan takde sakan ke sana sini makan.risau kalau jantung dia tu. wan berat hati nak bagi orang lain jaga damia.risau dia.

memang!mummy damia pon risau wpon wan dia laaaagi risau!tp what to do kan?i keje, kalo ikut hati nak resign on the dot.tp fikir2 balik, better i slow2 fikir what to do if i resign n do something else first(mcm business ke)then resign lah.i cant be selfish jugak.walaupun ibu asyik cakap tak kisah,tak kisah tapi as a wife, i pon tau..sanggup ke tinggal hb lama2?tinggal rumah n anak2 bulus(kucing2)lama2?sian ibu.duduk je kt rumah.ibu i pulak jenis yang kalau we all keluar pon dia tanak ikut sbb tanak ganggu we husband n wife keluar dgn anak.dahla satu sen duit pon tanak.pastu bukan setakat jaga damia,habis sume keje umah dia buat.so takkanlah i tak rs bersalah kan?

now i tgh mencari nursery for damia..i tak kisah mahal pon asalkan jaga elok2..yg i target satu tu taska raniya tapinye full!waiting list pon panjanggggg lagi.tp i managed to book for next year!but for this few months b4 nex year ni nak anta mana kan?i pulak nak nurseryu yang teach damia..flash cards, sing etc.bukan setakat jaga saja.

that's why my mum is the best pengasuh for damia..ibu mmg hari2 ajar damia mcm2..read books for her, sing for her, ajar damia macam2 skill mcm crawl, panjat etc.that is why damia umo 6 bulan dah boleh duduk.wpon belum stabil betul la.now 7 bulan dah duduk stabil n dah start berdiri tapi dengan berpaut lah kan.tak lama lagi dah boleh berjalan insya allah!

lagipon i sangat particular about person yg jaga damia. place must be very clean, she also should be very clean.very clean ni meaning kalau dia pegang apa2 benda outside or food wpon food yg ringan2 tak kotor sgt pon, she must clean her hand.MUST.sbb my mom and i pon buat mcmtu.pegang batang penyapu bbrp saat pon kitorg cuci tangan kalau nak pegang damia.org yg tak berapa nak bersih i tak berapa nak kasi lah.

and one more thing, she must be very careful when feeding damia.maksudnya bukan care masa menyuap,tapi apa yg disuap..bcoz i am very particular about what she eats.

so mana nk cari orang yg jaga macam tu?



Aug 15, 2011

reviews on eczema solution products

so far, damia dah try quite a lot medication to kurangkan eczema dia since there is no cure for eczema ni..

actually kalau nk cepat hilang eczema ni, kita boleh guna cream yg ada steroid n yg plg selamat ih Hydrocortisone..


but steroid on your baby???well as a mother, i myself mmg tanak letak any cream yg ada steroid kat damia.especially on her face!since damia ni mmg kerap naik eczema on her face,kdg2 kesian tgok dia xlena tido mlm and tergaru2 kdg2 sampai menangis2 sbb ngantuk tp xle tdo..normally awal2 i will sapu organic cream or aqueous tp klo smpi seminggu still x ok or became worst,memang terpaksa sapu hydrocort.pernah sekali damia kena terlalu teruk sbb masa tu balik rumah moyang dia n terlalu panas sampai eczema dia terlalu teruk siap berair, hydrocort pon xjalan.bwk jumpe dermatologist,dia ckp damia tak boleh terdedah kepada panas sangat.bahangnya tu buat kulit tak tahan.terutama panas laut.sedih sangat hatiku masa tu.masa tengok damia nangis memang i nangis sama.sebak,rasa bersalah.sejak hari tu, kami berikrar taknak lagi bawa damia ke tempat yang tak sesuai untuk dia. btw,doc bagi elomet which contains higher steroid.memang terpaksa sgt2.letak je elomet,esok tu dh nmpk ok sikit...tp bile dah ok sket,trus stop elomet n continue with hydrocort then lotion biasa.


as myself pon ada eczema so i know, memang gatal smpi tak boleh tido!tp alhamdulillah sejak mengandung, my eczema terus hilang..tapi damia pulak kena.worst than me pulak tu!lagipun, my eczema cuma pada jari tangan sahaja.damia pulak kena satu badan dr muka ke kaki..habis berparut2 badan dia..asyik tergaru2 pulak tu.kuku damia pulak,walaupun dah potong,tetap tajam.so bila dia garu memang habis luka2.kdg2 berdarah.

ada yg cakap,tabah betul i deal with damia's eczema sbb eczema dia teruk.honestly,aku memang tak rasa burden sgt eczema ni.boleh dikatakan kecik sangat masalah ni berbanding org lain yg lagi besar masalah anak2 mereka. memang runsing everytime eczema damia naik, sedih bile tengok mata dia kuyu mengantuk tapi dia merengek2 susah tido sebab gatal,risau everytime nak bawa damia ke mana2.kena fikir condition tempat tu.panas ke, kotor ke..memang kena sacrifice banyak.tak boleh ke mana2 sesuka hati. sama juga pemakanan..tapi pemakanan ni bukan sebab eczema dia semata2.tapi for me, pemakanan sangat penting. sebab tu i tak benarkan apa2 makanan bayi yang dibeli dari kedai masuk ke dalam badan dia. contohnya nestum, pureed food yang dijual dalam botol tu dsb. makanan dr kedai mcm mashed potato kfc ke, bubur mcd ke pon is a BIG NO NO for damia. ada MSG. banyak lak tu. so far damia hanya makan home made foof. bahan perisa cuma sedikit garam sahaj.bhn perisa lain, gula n msg memang tak letak langsung.

kdg2 pelik tgok parents yg bg anak makan seawal 2 bulan. atau suap anak dgn mcm2 makanan. tak kira apa kandungan makanan tu. tapi takpelah, itu hak masing2. i hormat hak mereka. so they have to respect mine. kdg2 org yang tak faham akan nmpk damia ni fragile sgt. terlalu dijaga sangat...tapi i dont care what ppl say.she is my child. i know her best.

ok so back to the topic about products for eczema ni..yesterday i went to fabulous mom n i bought this cream for damia. they said it is good for eczema. i tried it on damia n it did not suit her well!habis merah n gatal2 muka dia smpi dia menangis!sian betul!tp nak buat camana. as eczema sendiri adalah alahan kepada benda yg berbeza2 depends on baby tu sendiri so reaction towards ubat pon berbeza lah.

before ni i ada try buds super soothing rescue lotion lepas i baca entry from amrina aziz , ok tapi still tak kurang sangat..maybe sbb damia punye eczema is quite bad kan..

ubat eczema damia memang banyak.mcm2 ada.semua yg orang cakap memang i bli.now yg i nk try is virgin coconut oil.dah jumpa.iklan dlm pa&ma..hopefully damia pulih ok!



Jul 5, 2011

daily maid?

i love my little princess more than anything in this world!!

sejak jadi mak ni, bila baca pasal anak org sakit ke, mati ke..naluri keibuan ni memang menusuk2 kalbu..memang sedih..rs mcm tak dapat bayangkan kalau anak sendiri..memang bercucuran lah airmata ni hah kalau bc entry sedih2 pasal anak org..

sebab tu, i takuuut sgt nak bg org lain jg damia selain mak aku...takut..dengan eczema dia, pastu damia ni manja seket..tak sampai hati kalau dia merengek org yg menjaga dia buat derk aje!

tp both me dan shah decided nak start minta org lain jg damia after raya..ms tu damia dah 8 bulan lebih..walau berat hati, tapi i tak boleh selfish..sian ibu i pulak yg kena berkorban jaga cucu sampai tinggal rumah kat kampung kan...


kalau ikutkan hati ni, nak berhenti kerja n buat business yg boleh i spend masa dgn damia sepanjang masa..tp nak buka business ni takes time jugak!mn boleh dlm ms 2 bulan bukak bisnes terus maju..kot2 nye lingkup!

so, now tengah mencari solution..
tapi as for me, i prefer amik daily maid yg boleh dtg jaga damia di rumah..sbb secara tak langsung, i dah tau dr segi kebersihan tu insya allah lah rumas is the best place kan..cuma nak mencari org yg betul2 boleh jaga..

n one thing yg i kena consider is, rumah jauh dr ofis..kalau dekat bole jenguk2..

haihhh...still fikir untuk the best solution!

Jun 29, 2011

damia is 6!

being a mother of an eczema baby is hard u know..cuma i ni jenis yang tak mudah stress or tension..cuma i sedih bila eczema damia teruk!dah quite some times actually eczema dia tak naik teruk..tak naik teruk tapi naik sikit2 tu memang selalu ada..paling lama dia clean 100% pon 2minggu jer..pastu mesti ada sikit2..i tak tau kenapa..i dah jaga dia the very best i can, dah make sure dia tak panas,sentiasa bersih,rumah sentiasa bersih,make sure habuk takde,make sure dia selalu pakai pelembab..but still,tiba2 naik teruk..this time memang i tak tau why?

before ni kdg2 i rasa mungkin i tersalah makan because foods pon contribute to the flare up kan..i memang pantang makan sebab damia is exclusive breastfeed so i have to watch out what i ate..n disebabkan eczema dia, i tak makan seafoods,telur,kacang2,susu n apa2 yg buat gatal.walaupon i pernah termakan n tengok dia ok jer but still i hindarkan..takut jadi apa2..tp yg i perasan i pernah termakan kacang n eczema dia naik..kacang is yes..memang i perasan!tp yg lain so far tak nampak kesan pd damia..tp takpelah better i hindari kan..

this morning,i went to see dr.ranjit,the most well known skin specialist in subang..sebab eczema damia teruk since 2 days ago..and seperti doc sebelum ni,dia ponn ckp the same thing..i berikrar nak jaga damia baik2 n make sure eczema dia terkawal!

ini gmbr eczema dia naik teruk...sedih kan?bila naik eczema,gatal2..tu yg sedih!

kat muka,badan,tangan,kaki...



today damia genap 6 bulan n dah boleh start makan!tak sabar nak suap dia for the first time!mummy decided to make apple puree for damia tonight!

satu lagi cabaran bila damia dah start makan is to make sure that only quality food saja dia makan..as a mother, of course i taknak my daughter makan makanan tak berkhasiat,too much sugar,salt,etc...n satu lagi cabaran is to make sure org lain tak suap makanan sebarangan pada anak i..yelah,sometimes org main2 ngn dia,pastuu suap makanan kat dia...i risau kalau org suap sebarangan!lain org ni lain caranya..bagi dorg its ok untuk bb makan some foods yang utk sesetengh org lain, xboleh..as for me,jenis foods sgt pntg for my princess!

and next week damia start her first class!too late kan?i've been searching for her class before but last week baru jumpa n since this weekend we will go to penang(this is her 3rd time vacation to penang!),so her class will start next week..so excited untuk bawa damia ke kelas..i wonder how she will be when meeting n playing with friends yang same age dgn dia..before ni,main dgn org tua2 jer!

now damia dah nampak mcm nk duduk..but i am not sue duduk or merangkak..sbb dia angkat2 punggung senget2 mcm nk duduk..tp sometimes nmpk mcm nak merangkak..apa2 pon damia is a quick learner and i am very proud of her..

Jun 12, 2011

next 2 weeks damia genap 6 bulan...walaupun dia start meniarap semasa umur 3bulan lebih,tp smpi skang damia tak merangkak dan tak mengengsot..duduk dalam posisi nak merangkak tu adalah tapi dia tak merangkak,dia menggelungsur ke depan..klo duk dalam posisi mengengsot pulak, dia tak ke depan..dia gostan hehehe..meluncur ke depan tu selalu lah...tp now dia dah nak duduk!dah a few times dia duduk tp taklah duduk tegak,duduk senget2 tp dia penuh semangat berusaha!

next 2 weeks juga damia boleh start her first solid food!mummy decided nak bg puree apple dulu..pisang kandungan gula tinggi,avocado takut damia tak suka..rasanya the best is apple lah..mummy sangat excited nak suap damia makan for the first time!

bercakap pasal pemakanan bayi ni, kadang2 ada i tengok yg bagi baby makan since 1 month..omg!tapi nak buat macam mana..lain orang lain caranya..tapi naluri keibuan i ni kadang2 nak je ckp kesan perbuatan itu ke atas bayi..i kesian kat baby tu actually..my husband side pon sebenarnya train anak2 diorang makan since 2months old..sbb bg dorg bb nangis sbb lapar..umur 6 bulan dah siap makan nasi ok!my mom pon terkejut ms tengok dorg suap nasi impit n sate kat bb 6 bulan!tapi mungkin mereka tak terdedah dengan keburukan perbuatan tu..i pon tak nak lah cakap nanti dorg kata memandai2 pulak kan...

but as for me, dari baby ni lah kena jaga betul2...sebab tu sume akan effect them in future..as a working mother, i pon sebenarnya rasa banyak ketinggalan dalam tengok anak i..tapi i try my very best untuk spend quality time with her every night n during weekends!

sometimes i rasa nak quit job skang n do something yang i boleh spend the whole day with her..tyak payah nak fikir siapa nak jaga...honestly i dont trust anyone else except my mother to take care of her..sebab so far, cuma cara my mom jaga damia je sama mcm i jaga..i tak berani bagi orang lain jaga sebab i takut..masa tak boleh makan lagi,org dah suap makanan..or bila dah start makan,orang suap sebarang makanan kat dia..i sangat risau!!sbb i taknak dia makan bukan2..

lagipon sebab dia ada eczema, dari segi kebersihan pon i tak confident..ye lah,kalau hantar ke rumah orang, kita tak tahu tahap kebersihan orang macamn kan..takkan nak komplen suruh orang bersihkan rumah selalu kan..that is the reason why my mom jer yang i bagi jaga..tapi sampai bile?i pity my mom sebab terpaksa duduk dengan i,tinggal my father di kampung sbb my father taknak duduk kl lama2..nak jaga kucing n rumah katanya..walaupon my parents sanggup berkorban untuk cucu diorang tu,tapi as a daughter,i think i should sacrifice too..

yes they did request to bring damia to kuantan..but as a mother, sapa sanggup pisah ngan anak??i love her very much..datang keje pon ingat2 damia..ini kan nak pisah seminggu sekali je jumpe?NO NO NO!

so i sekarang tengah fikir the solution..whether i quit my job n do something else coz i tak boleh jadi surirumah sbb itu membosankan!so i have to think of something else to do to make sure that i can take care of damia and at the same time i can do something that i like!

ni gambar damia dari 4mos+ hingga now!



Apr 30, 2011

damia at 4month!

damia is now 4 months old...

damia was born on 31st december 2010 at 940pm...waaaa,mummy n daddy kahwin on 1st jan 2010 n damia kuar on the last day of the year!

so far dia dah boleh meniarap,membebel,main2..eczema dia pernah teruk hari tu ms umur 3 bulan..teruk sangat2 smpi the skin specialist pon pelik macam mana hydrocort tak beri kesan apa2 dah..maybe dah immune?so he gave vizomet..vizomet ni kuat n not that suitable for bb but since eczema dia terlalu teruk so kena sapu sikit untuk kurangkan jer then sapu hydrocort..kalau ikutkan hati, tak sampai hati nak sapu ubat pada damia tp sebab terlalu teruk smpi dia tak bole tido mlm sebab gatal,so i had to.

tp nasib baik sapu 2x then dah ok..sapu hydrocort 2 kali..terus bersih..then control guna moisturizer..i use ezzera at that time..

serik dah..jangan lah naik teruk mcmtu lagi ye sayang..

ni damia at 4mos...ms ni muka ada sikit sikit eczema..

Mar 3, 2011

touching..

yang, apa perasaan u masa tengok i bersalin aritu?

i takut giler!

hahaha..mesti u takut sbb nmpk sakit giler kan??

tak..i takut kalau i kehilangan u....

~touching~



i love u sayang!

Feb 28, 2011

being a mother

this is my first post sejak jadi ibu ni...ibu kepada damia nadyne hannah..

being a mother is challenging u know..i admit that the first month being a mother, i still dont have the motherly feeling..rasa mcm serba tak kena..rasa macam lepas ni dah terbatas nak buat apa2..dengan tak cukup tido, tido tak senyenyak dulu..

until masa damia kena ambil darah n menangis,ms tu made me feel sgt2 sedih n hampir menitik air mata then masa tu baru realize that i love her so much!!

but...damia ada atopic eczema..

will update soon!