Aug 25, 2011

damia's progress

damia now dah nak blajar2 bangun..setakat panjat tu dh expert dah la.ni nmpk mcm nk bangun berdiri tanpa pegang..sbb bila merangkak kejap2 dia angkat punggung tinggi mcm nk bangun.cm xbole sbb tangan n badan xterangkat hehe

rasa2nya umur 10 bulan dah berjalan damia nih!

cuma gg smpi skang illlek!ada aritu nmpk satu.kecik je.tp tgok xnaik2 pon.hmmm..susah la nk introduce mknn selain puree n yg lembik2 tu..tsk.

RAYA

ini tahun pertama beraya ada damia.last year ada jugak tapi dalam perut :8)

so far baju damia for first day raya belum ada.huhuhu.sume ni disebabkan baju mummy tak finalize lagi until 2 days ago.so baru semalam misi pencarian baju damia bermula.untuk raya ke2 dan seterusnya dah ada.bukan beli purposedly untuk raya pon sebenarnya tapi baju damia banyak sgt smpi ada belum pakai.so pakai untuk raya lah.

damia tak pakai baju kurung pon for first day raya tu.macam rimas jer tengok.sbb dia belum berjalan.nak merangkak,memanjat susah lah dia.lagipon takut panas!next year baru damia pakai baju kurung k!

damia klo bf mesti tangan berjalan2..hehe

suka sangat gomol2 tilam..sampai tertido ha.

Aug 22, 2011

damia going to be 8mos!

sekejap je masa berlalu..lagi 9 hari damia akan genap 8 bulan!as a mother, i tengok perkembangan damia terasa bangga.

damia ni boleh dikatakan cepat dari segi pergerakan lah..sebab umo genap 6 bulan dah boleh duduk.belum 7 bulan dah mula berdiri(memapah).tengok gaya mcm sebulan dua ni dah start praktis jalan lah kot.alhamdulillah.

kdg2 kitorang ajar dia bertatih,terkangkang2 dia berjalan.macam kawat pon yer heheh

as a working mother, sebenarnya i agak terkilan sebab every progress yang dia tunjuk bukanlah i orang pertama tengok. selalunya wan dia because my mom yg jaga dia kan. rugi sangat okeh!alangkah bestnya kalau sepanjang masa ngn anak n kita boleh tengok depan mata setiap kali the very first time dia buat apa2 kan.

the problem damia ni cuma anti sosial sket..kalau org ramai2 mulalah dia jadi serius!tanak gelak ketawa mcm kat rumah ngn kitorg.hopefully nanti x jadi pendiam depan orang k!

masih dengan eczema damia.

masih dengan eczema damia.kadang2 i naik runsing bila eczema dia tak baik2.puas dah i pantang itu ini,but still naik eczema.kali ni i runsing sebab dah 3minggu tak hilang2 lagi.kejap kurang,kejap teruk gile!

and i just found out that coconut pon keluarga kacang!oooh no wonder nama dia coconut!i tau sbb actually sebab i ada letak sikit santan dalam porridge damia sbb dia refused porridge!so letak santan kot dia nak.sekali malam tu eczema damia naik sgt2 teruk!sian dia.sampai berair n berbau.muka dia pulak tu.sedih hati mummy.

tonight nak jumpe stokis minyak kelapa dara..sebolehnya nak prevent steroid, so berusaha guna yang asli sahaja.

Aug 17, 2011

NURSERY FOR DAMIA!

eczema damia still teruk..sangat lama kali ni..almost 2 weeks dah still xbaik2..what to do?letak ubat,kurang sikit,esok merah semula.haihhh..sian princess mummy.tdo tak lena bila gatal2..sangat sedih bila tengok dia merengek mengantuk tp takle tdo sbb gatal.n muka dia habis melecet sbb dia gesek2 pada bedshhet.pity her.

well, pas raya ni wan damia dah tak jaga damia.sebab kesian tengok wan damia dah 8 bulan duk jaga damia.tinggal rumah kat kampung.tinggal aki.so better wan balik jaga aki.aki pun bila wan takde sakan ke sana sini makan.risau kalau jantung dia tu. wan berat hati nak bagi orang lain jaga damia.risau dia.

memang!mummy damia pon risau wpon wan dia laaaagi risau!tp what to do kan?i keje, kalo ikut hati nak resign on the dot.tp fikir2 balik, better i slow2 fikir what to do if i resign n do something else first(mcm business ke)then resign lah.i cant be selfish jugak.walaupun ibu asyik cakap tak kisah,tak kisah tapi as a wife, i pon tau..sanggup ke tinggal hb lama2?tinggal rumah n anak2 bulus(kucing2)lama2?sian ibu.duduk je kt rumah.ibu i pulak jenis yang kalau we all keluar pon dia tanak ikut sbb tanak ganggu we husband n wife keluar dgn anak.dahla satu sen duit pon tanak.pastu bukan setakat jaga damia,habis sume keje umah dia buat.so takkanlah i tak rs bersalah kan?

now i tgh mencari nursery for damia..i tak kisah mahal pon asalkan jaga elok2..yg i target satu tu taska raniya tapinye full!waiting list pon panjanggggg lagi.tp i managed to book for next year!but for this few months b4 nex year ni nak anta mana kan?i pulak nak nurseryu yang teach damia..flash cards, sing etc.bukan setakat jaga saja.

that's why my mum is the best pengasuh for damia..ibu mmg hari2 ajar damia mcm2..read books for her, sing for her, ajar damia macam2 skill mcm crawl, panjat etc.that is why damia umo 6 bulan dah boleh duduk.wpon belum stabil betul la.now 7 bulan dah duduk stabil n dah start berdiri tapi dengan berpaut lah kan.tak lama lagi dah boleh berjalan insya allah!

lagipon i sangat particular about person yg jaga damia. place must be very clean, she also should be very clean.very clean ni meaning kalau dia pegang apa2 benda outside or food wpon food yg ringan2 tak kotor sgt pon, she must clean her hand.MUST.sbb my mom and i pon buat mcmtu.pegang batang penyapu bbrp saat pon kitorg cuci tangan kalau nak pegang damia.org yg tak berapa nak bersih i tak berapa nak kasi lah.

and one more thing, she must be very careful when feeding damia.maksudnya bukan care masa menyuap,tapi apa yg disuap..bcoz i am very particular about what she eats.

so mana nk cari orang yg jaga macam tu?



Aug 15, 2011

reviews on eczema solution products

so far, damia dah try quite a lot medication to kurangkan eczema dia since there is no cure for eczema ni..

actually kalau nk cepat hilang eczema ni, kita boleh guna cream yg ada steroid n yg plg selamat ih Hydrocortisone..


but steroid on your baby???well as a mother, i myself mmg tanak letak any cream yg ada steroid kat damia.especially on her face!since damia ni mmg kerap naik eczema on her face,kdg2 kesian tgok dia xlena tido mlm and tergaru2 kdg2 sampai menangis2 sbb ngantuk tp xle tdo..normally awal2 i will sapu organic cream or aqueous tp klo smpi seminggu still x ok or became worst,memang terpaksa sapu hydrocort.pernah sekali damia kena terlalu teruk sbb masa tu balik rumah moyang dia n terlalu panas sampai eczema dia terlalu teruk siap berair, hydrocort pon xjalan.bwk jumpe dermatologist,dia ckp damia tak boleh terdedah kepada panas sangat.bahangnya tu buat kulit tak tahan.terutama panas laut.sedih sangat hatiku masa tu.masa tengok damia nangis memang i nangis sama.sebak,rasa bersalah.sejak hari tu, kami berikrar taknak lagi bawa damia ke tempat yang tak sesuai untuk dia. btw,doc bagi elomet which contains higher steroid.memang terpaksa sgt2.letak je elomet,esok tu dh nmpk ok sikit...tp bile dah ok sket,trus stop elomet n continue with hydrocort then lotion biasa.


as myself pon ada eczema so i know, memang gatal smpi tak boleh tido!tp alhamdulillah sejak mengandung, my eczema terus hilang..tapi damia pulak kena.worst than me pulak tu!lagipun, my eczema cuma pada jari tangan sahaja.damia pulak kena satu badan dr muka ke kaki..habis berparut2 badan dia..asyik tergaru2 pulak tu.kuku damia pulak,walaupun dah potong,tetap tajam.so bila dia garu memang habis luka2.kdg2 berdarah.

ada yg cakap,tabah betul i deal with damia's eczema sbb eczema dia teruk.honestly,aku memang tak rasa burden sgt eczema ni.boleh dikatakan kecik sangat masalah ni berbanding org lain yg lagi besar masalah anak2 mereka. memang runsing everytime eczema damia naik, sedih bile tengok mata dia kuyu mengantuk tapi dia merengek2 susah tido sebab gatal,risau everytime nak bawa damia ke mana2.kena fikir condition tempat tu.panas ke, kotor ke..memang kena sacrifice banyak.tak boleh ke mana2 sesuka hati. sama juga pemakanan..tapi pemakanan ni bukan sebab eczema dia semata2.tapi for me, pemakanan sangat penting. sebab tu i tak benarkan apa2 makanan bayi yang dibeli dari kedai masuk ke dalam badan dia. contohnya nestum, pureed food yang dijual dalam botol tu dsb. makanan dr kedai mcm mashed potato kfc ke, bubur mcd ke pon is a BIG NO NO for damia. ada MSG. banyak lak tu. so far damia hanya makan home made foof. bahan perisa cuma sedikit garam sahaj.bhn perisa lain, gula n msg memang tak letak langsung.

kdg2 pelik tgok parents yg bg anak makan seawal 2 bulan. atau suap anak dgn mcm2 makanan. tak kira apa kandungan makanan tu. tapi takpelah, itu hak masing2. i hormat hak mereka. so they have to respect mine. kdg2 org yang tak faham akan nmpk damia ni fragile sgt. terlalu dijaga sangat...tapi i dont care what ppl say.she is my child. i know her best.

ok so back to the topic about products for eczema ni..yesterday i went to fabulous mom n i bought this cream for damia. they said it is good for eczema. i tried it on damia n it did not suit her well!habis merah n gatal2 muka dia smpi dia menangis!sian betul!tp nak buat camana. as eczema sendiri adalah alahan kepada benda yg berbeza2 depends on baby tu sendiri so reaction towards ubat pon berbeza lah.

before ni i ada try buds super soothing rescue lotion lepas i baca entry from amrina aziz , ok tapi still tak kurang sangat..maybe sbb damia punye eczema is quite bad kan..

ubat eczema damia memang banyak.mcm2 ada.semua yg orang cakap memang i bli.now yg i nk try is virgin coconut oil.dah jumpa.iklan dlm pa&ma..hopefully damia pulih ok!



Jul 5, 2011

daily maid?

i love my little princess more than anything in this world!!

sejak jadi mak ni, bila baca pasal anak org sakit ke, mati ke..naluri keibuan ni memang menusuk2 kalbu..memang sedih..rs mcm tak dapat bayangkan kalau anak sendiri..memang bercucuran lah airmata ni hah kalau bc entry sedih2 pasal anak org..

sebab tu, i takuuut sgt nak bg org lain jg damia selain mak aku...takut..dengan eczema dia, pastu damia ni manja seket..tak sampai hati kalau dia merengek org yg menjaga dia buat derk aje!

tp both me dan shah decided nak start minta org lain jg damia after raya..ms tu damia dah 8 bulan lebih..walau berat hati, tapi i tak boleh selfish..sian ibu i pulak yg kena berkorban jaga cucu sampai tinggal rumah kat kampung kan...


kalau ikutkan hati ni, nak berhenti kerja n buat business yg boleh i spend masa dgn damia sepanjang masa..tp nak buka business ni takes time jugak!mn boleh dlm ms 2 bulan bukak bisnes terus maju..kot2 nye lingkup!

so, now tengah mencari solution..
tapi as for me, i prefer amik daily maid yg boleh dtg jaga damia di rumah..sbb secara tak langsung, i dah tau dr segi kebersihan tu insya allah lah rumas is the best place kan..cuma nak mencari org yg betul2 boleh jaga..

n one thing yg i kena consider is, rumah jauh dr ofis..kalau dekat bole jenguk2..

haihhh...still fikir untuk the best solution!